RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata pelajaran                   :              Bahasa Melayu
Tahun                                   :              3 Genius
Bilangan murid                   :              36 orang
Tema                                    :              Patriotisme
Tajuk                                    :              Jalur Gemilang
Masa                                     :              60 minit

Fokus utama       :              1.1 – Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada
yang sesuai.

Aras 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar
dengan menggunakan bahasa yang sesuai.


Fokus sampingan:              5.1 – Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
                                               yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hasil pembelajaran           :              Pada akhir pengajaran, murid dapat:
                                                              
i)              Berbual tentang tajuk dengan menggunakan pelbagai ayat yang betul dan bahasa yang sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila (Kognitif).

ii)            Membaca dengan sebutan yang jelas,intonasi dan tanda baca yang betul
(Kognitif).            

iii)            Menyanyikan lagu dan menggayakannya mengikut irama dan gerakan tangan (Psikomotor)

iv)           Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar (Afektif)


Ilmu                                      :              Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kemahiran Bernilai Tambah :        Kontekstual, interpersonal, visual ruang.

Nilai                                       :              Semangat patriotik, keyakinan, menghormati, kerjasama.

Sistem bahasa                     :              Kata nama am.

Pengetahuan sedia ada:    Murid selalu menyanyikan lagu kebangsaan dan menaikkan Jalur
                                                               Gemilang semasa perhimpunan mingguan sekolah.

Media                                   :              Radio, kostum bendera Malaysia, gambar bendera, pita rakaman
                                                               dialog dan carta petikan.


FASA
ISI
KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGISIAN KURIKULUM
GURU
PELAJAR

Fasa persediaan

(5 minit)


Gambar bendera Malaysia
(mencungkil idea)


Media:
Radio, kostum bendera Malaysia, gambar bendera

Guru memaparkan gambar bendera Malaysia dan kostum bendera Malaysia.

Guru menyoal murid-murid tentang warna- warna yang terdapat pada bendera Malaysia.


Guru meminta murid  menyanyikan lagu Jalur Gemilang.

Murid meneliti gambar bendera Malaysia  dan kostum bendera Malaysia.

Murid berbual secara bertatasusila dengan guru dan rakan-rakan tentang warna- warna yang terdapat pada bendera Malaysia.

Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang.



EMK : Kreativiti dan inovasi
(Fasa Persediaan )

Strategi dan Teknik :
Penyoalan seluruh kelas

Nilai:
Patriotisme
Menghormati

Langkah 1

(15 minit)


Aktiviti dalam kumpulan

Media :
Pita rakaman dialog

Guru membahagikan murid kepada  empat kumpulan.

Guru memperdengarkan  dialog melalui rakaman suara dan meminta murid mencatatkan isi-isi penting.

Murid-murid yang berada dalam kumpulan diperdengarkan dialog melalui rakaman suara dan diminta mencatatkan isi-isi penting.

Murid dalam kumpulan diminta berbincang secara bertatasusila tentang isi-isi yang telah dicatatkan.

Wakil kumpulan menyatakan hasil perbincangan berkaitan isi-isi penting yang telah dicatat.




Strategi :
Pemusatan murid dan bahan pengajaran.

Kaedah dan Teknik :
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan.

KBT :
KB : Hubung kait
TKP : Audio visual

Langkah 2

(10 minit)


Kemahiran membaca

Guru mengedarkan petikan dialog kepada murid-murid




Murid dalam kumpulan dan diberikan satu petikan dialog untuk dibaca.

Murid secara bergilir-gilir membaca
petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas manakala murid lain mendengar dengan teliti.


Strategi :
Pemusatan murid.

Nilai :
Bekerjasama

Langkah 3

(10 minit)


Kemahiran tatabahasa.

Guru mengedarkan  lembaran kerja kepada semua murid.



Murid menyalin semula ayat dengan
menggunakan tanda baca yang betul.

Murid membaca semula ayat yang  lengkap mengandungi tanda baca yang tepat dengan sebutan dan intonasi yang betul.



KBT :
TKP:
Interpersonal

Nilai :
Kerjasama

Langkah 4

(10 minit)


Menyatakan maklumat

Guru meminta murid menjawab  soalan pemahaman berdasarkan petikan dialog yang telah diperdengarkan sebelumnya.


Murid menjawab soalan pemahaman
berdasarkan petikan dialog yang telah diperdengarkan sebelumnya.

Murid membaca jawapan yang telah
dibina untuk dinilai oleh rakan.


Strategi :
Pemusatan murid dan bahan pengajaran.

KBT :
KB : Menjana idea

Nilai :
Rasional

Pemulihan


Pemulihan

Guru membimbing murid-murid mengeja perkataan.

Murid berbual tentang warna-warna pada Jalur Gemilang.

Murid mengeja dan melengkapkan suku kata bagi warna-warna yang diberi.



KBT :
KB : Menjana idea
TKP : Visual ruang

Pengayaan

(7 minit)

Pengayaan.

Guru meminta murid berbincang dengan pasangan masing-masing dan  menomborkan pernyataan  mengikut urutan berdasarkan isi-isi petikan dialog yang dibaca.

Murid bertutur dengan rakan tentang lambang-lambang yang terdapat pada Jalur Gemilang.

Murid menomborkan pernyataan  mengikut urutan berdasarkan isi-isi      petikan dialog yang dibaca.


KBT :

KB : Menjana idea
TKP : Visual ruang

Penutup

(3 minit)


Pita rakaman

Guru meminta murid  menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan pergerakan tangan.

Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang


Strategi :
Pemusatan murid.

Nilai :
Patriotisme

 

Blogger news

Tentang Blog