JALUR GEMILANG
Ahmad : Hai, kawan-kawan! Lukisan Jalur Gemilang yang Cikgu Sani
suruh buat, dah siap? Saya ditugaskan mengumpulnya.
Balan : Jalurnya berbelas-belas. Belum siap warna lagi.
Chong : Eh, salah warna jalur tu, Balan! Kenapa warna merah jalur tu
seakan-akan warna ungu?
Ahmad : Yalah, Balan. Gunakan warna merah terang pada jalur dan
diselang-selikan dengan warna putih. Petak kiri pula warnakan
dengan biru gelap. Bulan dan bintangnya warna kuning.
Balan : Oh, terima kasih kerana menegur! Saya warnakan semula.
Chong : Nah, yang ini gambar bendera saya!
Ahmad : Awak dah kira bilangan bucu bintang tu? Betul tak?
Balan : Jangan lupa kira jalurnya sekali.
Ahmad : Sepatutnya, bucu dan jalur ada empat belas. Jalur-jalur ini mewakili 14 buah negeri di Malaysia. Bulan dan bintang pula bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi.
Chong : Apa maksud warna kuning dan biru pula?
Balan : Saya tahu, kuning melambangkan warna diraja. Tapi maksud warna biru, saya lupalah.
Ahmad : Bukankah Cikgu Sani dah beritahu. Biru ertinya perpaduan.
Chong : Oh, baru saya ingat! Merah tanda berani dan putih pula tandanya suci.
Ahmad : Hah, pandai pun! Cepat letakkan lukisan masing-masing di atas meja saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan